Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menegaskan bahawa bertolak ansur dengan Amerika Syarikat tidak akan menyelesaikan masalah negara Timur Tengah tersebut kerana Washington sama sekali tidak pernah menghentikan permusuhannya ke atas Tehran.
Di dalam sebuah pertemuan dengan sekumpulan pelajar Iran di Tehran pada hari Khamis ini, pemimpin tersebut memberi amaran kepada rakyat Iran bahawa Amerika Syarikat dan pihak-pihak tertentu sedang giat berusaha untuk meyakinkan masyarakat tempatan bahawa tolak ansur dengan A.S merupakan kunci penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh Iran sendiri.
"Pemikiran sebegini sangat berbahaya. (Pemikiran yang merumuskan bahawa) jika kita berkompromi dengan Amerika Syarikat, semua masalah negara ini akan selesai," kata beliau.
Pertemuan itu dianjurkan sempena memperingati hari ini ulang tahun pengambilalihan kedutaan Amerika Syarikat oleh para pelajar universiti Iran di ibu negara, Tehran pada tahun 1979.
Iran mendakwa kedutaan tersebut digunakan sebagai pusat perisikan oleh A.S dalam rangka menjatuhkan revolusi Islam Iran yang baru sahaja berjaya menghalau pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlavi. Raja tersebut dianggap sebagai proksi A.S di negara itu oleh para pendukung revolusi tersebut.
Hari ke-13 Aban (kalender Iran) jatuh pada 3 November tahun ini dan hari itu dikenali sebagai hari pelajar di Iran.
Pertemuan Pemimpin Tertinggi Iran dengan para pelajar.
Kompromi Dengan A.S Tidak Akan Selesaikan Masalah: Khamenei.
2 November 2016 - 18:50
News ID: 789439
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menegaskan bahawa bertolak ansur dengan Amerika Syarikat tidak akan menyelesaikan masalah negara Timur Tengah tersebut kerana Washington sama sekali tidak pernah menghentikan permusuhannya ke atas Tehran.